YAYASAN MUKHRIZ

Satu sumbangan, seribu peluang. Memacu misi kemanusiaan negara.

"Bandingan derma adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dengan setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji."

MATLAMAT Yayasan Mukhriz

YAYASAN MUKHRIZ ditubuhkan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan, termasuk sokongan pendidikan kepada pelajar kurang berkemampuan serta bantuan kepada golongan rentan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan gelandangan. Kini, dengan pendekatan baharu, yayasan memfokuskan penyaluran aset logistik kepada agensi kerajaan terpilih seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bagi memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat secara lebih berkesan dan terurus.

MISI

Menghubungkan amanah rakyat kepada agensi kerajaan dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk aset logistik penyelamat, bagi memperkasakan usaha penyelamatan, kebajikan dan kesejahteraan awam di
Malaysia secara berkesan, telus dan berimpak tinggi.

VISI

Menjadi yayasan peneraju di Malaysia dalam memperkukuh hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan melalui penyaluran sumbangan strategik, demi membina sebuah masyarakat yang
lebih selamat, sejahtera dan bersatu.