100 Masjid 100 Van Jenazah

Program 100 Masjid 100 Van Jenazah (edisi pertama) oleh Yayasan Mukhriz

Setiap tahun pasti akan kedengaran isu berkaitan kekurangan van jenazah di masjid-masjid seluruh negara. Kemudahan van jenazah bagi setiap masjid kini menjadi suatu keperluan mendesak.

Selain melancarkan urusan penghantaran jenazah ke tanah perkuburan, van jenazah juga digunakan untuk mengambil jenazah di hospital dan menghantar jenazah ke kampung asal atas permintaan ahli keluarga. Bagi masjid-masjid yang mengalami kekangan ini, mereka tidak dapat menyediakan kemudahan kepada ahli kariah, kecuali meminta bantuan daripada masjid berhampiran jika mempunyai van jenazah atau menyewa kenderaan sementara daripada penduduk setempat.

van-jenazah

Setiap tahun Majlis Agama Islam Negeri menerima banyak permohonan dan rayuan daripada masjid-masjid di bawah pentadbiran negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan van jenazah. Mengambil contoh di Selangor, terdapat sebanyak 424 masjid berdaftar dan lebih setengah darinya tidak mempunyai van jenazah atau jika ada, ianya sudah terlalu uzur, kerap kerosakan atau tidak lagi dapat digunakan.

YAYASAN MUKHRIZ telah menerima banyak permohonan bantuan van jenazah daripada masjid-masjid seluruh negara. Wakil Yayasan telah melawat masjid-masjid dan berbincang bersama barisan ahli jawatankuasa masjid bagi mencari penyelesaian isu ini.

Oleh yang demikian, Yayasan Mukhriz telah melancarkan PROGRAM 100 MASJID 100 VAN JENAZAH EDISI PERTAMA. Program ini dijalankan mengikut edisi program dan terhad kepada 100 unit kenderaan van jenazah bagi setiap edisi program sebelum beralih ke edisi program seterusnya. Setiap permohonan akan diteliti dalam memastikan program berjaya mencapai matlamat dengan menyasarkan masjid-masjid yang mempunyai jemaah ramai selain pengurusan pentadbiran cekap dan berjaya.

Yayasan Mukhriz percaya melalui Program 100 Masjid 100 Van Jenazah ini, ahli jawatankuasa pentadbiran masjid-masjid berkenaan dapat memberikan kemudahan dan perkhidmatan cemerlang kepada ahli kariah serta penduduk setempat di samping memenuhi kewajiban fardhu kifayah yang ditetapkan.

Dari Malaysia, kepada Malaysia. Berikan sokongan anda.

Borang permohonan Program 100 Masjid 100 Van Jenazah:

Sila isikan maklumat yang diperlukan di bawah dan pihak kami akan segera menghubungi anda untuk proses selanjutnya.

100 Masjid 100 Van Jenazah
Sila masukkan no kad pengenalan anda tanpa “-“. Contoh : 880108101471
Sila isikan nombor telefon anda dimulai nombor 6 (kod Malaysia) dan tanpa "-". Contoh : 60120008888 atau 6030008888
Contoh: Pengerusi, AJK, Imam dan lain-lain
.pdf or .docx file format only