Rasional Logo

Logo YAYASAN MUKHRIZ atau singkatannya YM melambangkan visi dan harapan Pengarah-Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Mukhriz.

Kombinasi 3 warna Kuning, Biru dan Emas sebagai warna rasmi Yayasan dengan warna kuning membawa maksud Kesetiaan kepada raja dan negara, menjunjung tinggi kedaulatan berperlembagaan. Warna biru menunjukkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum yang hidup bersatu padu dan berusaha memajukan ekonomi negara. Manakala warna emas melambangkan akan prestasi, kejayaan, kemenangan, kemewahan dan kemakmuran dikecapi oleh rakyat negara kini adalah hasil usaha permuafakatan antara rakyat dan para pemimpin.

Bulatan membawa maksud semua warganegara adalah sama di sisi undang-undang, mempunyai hak dilindungi perlembagaan yang memberikan rasa lengkap, keyakinan, keharmonian sebagai rakyat Malaysia. Huruf Y dan M adalah singkatan kepada Yayasan Mukhriz.

Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara”