TERMA & SYARAT
Selamat datang ke laman sesawang Yayasan Mukhriz (“kami” atau “kita”). Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna laman sesawang https://yayasanmukhriz.com. Dengan mengakses laman sesawang kami https://yayasanmukhriz.com, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini sepanjang tempoh lawatan anda.
UMUM
Kandungan terma dan syarat ini mungkin diubah, dipindahkan, atau dipadamkan pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa kami mempunyai hak untuk mengubah kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Kami akan mengambil tindakan segera terhadap pesalah yang melanggar peraturan dan undang-undang terma dan syarat ini.
KANDUNGAN LAMAN & HAK CIPTA
Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua bahan, termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar, klip video, dan bahan bertulis serta bahan lain yang muncul sebagai sebahagian daripada laman ini, atau dengan kata lain, “Kandungan Laman” adalah hak cipta, tanda dagangan, rupa dagangan, dan/atau hak harta intelek lain yang dimiliki, dikawal, atau dilesenkan oleh Yayasan Mukhriz.
KOMEN DAN MAKLUM BALAS
Semua komen dan maklum balas kepada Yayasan Mukhriz hendaklah dihantar ke [email protected]. Pengguna hendaklah bersetuju bahawa komen yang dihantar ke [email protected] tidak akan melanggar sebarang hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi, atau hak peribadi atau hak milik lain. Selain itu, pengguna hendaklah bersetuju bahawa tiada kandungan yang menyalahi undang-undang, kasar, atau lucah akan dihantar ke laman ini. Pengguna akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan komen yang dibuat.
MAKLUMAT PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
Kami tidak dapat menjamin semua produk atau perkhidmatan yang dipaparkan akan sama seperti yang dilihat pada monitor kerana ia bergantung pada monitor pengguna.
TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI
Pengguna hendaklah bersetuju bahawa https://yayasanmukhriz.com mungkin menghantar surat berita mengenai berita terkini/maklumat/promosi, dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.
TANGUNG RUGI
Pengguna hendaklah bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi, dan memastikan https://yayasanmukhriz.com bebas daripada sebarang dan semua tuntutan, kerosakan, kos, dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman ini.
PAUTAN KE LAMAN LAIN
Sebarang pautan akses ke laman pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri dan https://yayasanmukhriz.com tidak akan berkaitan atau terlibat dengan sebarang laman web tersebut jika kandungan/produk pengguna rosak atau mengalami kerugian akibat daripada sambungan dengan laman pihak ketiga.
MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT
Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di https://yayasanmukhriz.com yang mengandungi kesilapan tipografi, ketidaktepatan, atau kelalaian yang mungkin berkaitan dengan penerangan produk atau perkhidmatan, harga, ketersediaan, dan kandungan artikel. Kami berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, dan untuk mengubah atau mengedit maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelawat atau pengguna.
PENAMATAN
Perjanjian ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan oleh Yayasan Mukhriz untuk https://yayasanmukhriz.com. Kami juga boleh menamatkan perjanjian dengan pelawat atau pengguna tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan akan menolak akses kepada pelawat atau pengguna yang tidak dapat mematuhi terma dan syarat di atas.
PEMBAYARAN DAN SUMBANGAN
Semua sumbangan tidak boleh dikembalikan, jadi kami menggalakkan penyumbang untuk menyemak butiran sumbangan sebelum membuat sumbangan.
Untuk sebarang pertanyaan atau isu mengenai sumbangan yang dibuat, kami memerlukan permohonan bertulis yang dihantar melalui e-mel ke [email protected] dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh sumbangan. Sila sertakan maklumat berikut dalam e-mel anda:
- Nama
- Nombor Telefon
- E-mel
- Tarikh Transaksi
- Jumlah Transaksi
- Kaedah Pembayaran
- Bukti Transaksi
PEMBATALAN SUMBANGAN BULANAN
Jika anda ingin membatalkan sumbangan bulanan anda kepada Yayasan Mukhriz, anda boleh melakukannya dengan menghantar e-mel kepada kami di [email protected] sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal sebelum sumbangan bulanan anda seterusnya diproses pada 28 haribulan setiap bulan. Walau bagaimanapun, jika anda telah menghantar e-mel kepada kami dan sumbangan bulanan anda telah diproses, tiada bayaran balik untuk sumbangan bulan tersebut. Permohonan pembatalan anda akan berkuat kuasa pada bulan berikutnya.
Sila sertakan maklumat berikut dalam e-mel anda:
- Nama
- Nombor Telefon
- E-mel
- Jumlah Sumbangan Bulanan