Logo rasmi YAYASAN MUKHRIZ (YM) melambangkan visi, misi dan harapan murni para Pengarah dan Pemegang Amanah dalam menjayakan peranan yayasan sebagai sebuah entiti kebajikan yang berpaksikan nilai perpaduan, kesetiaan dan pembangunan negara.
Gabungan tiga warna rasmi Kuning, Biru dan Emas menggambarkan identiti serta aspirasi YAYASAN MUKHRIZ dalam konteks kebajikan rakyat Malaysia:
- Kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara, serta komitmen Yayasan dalam menjunjung tinggi kedaulatan berperlembagaan.
- Biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni dan bekerjasama ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.
- Emas pula menggambarkan prestasi, kejayaan, kemewahan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Malaysia hasil daripada permuafakatan antara rakyat dan pemimpin negara.
Reka bentuk bulatan dalam logo membawa maksud bahawa setiap warganegara adalah sama di sisi undang-undang dan mempunyai hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sekali gus mencerminkan nilai kesempurnaan, keyakinan, dan keharmonian sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat.
Manakala gabungan huruf “Y” dan “M” merujuk secara langsung kepada nama YAYASAN MUKHRIZ, sebagai lambang identiti korporat yang mengangkat nilai amanah rakyat dan khidmat untuk negara.
Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara”
- Tunku Abdul Rahman