Polisi Privasi

Kami di YAYASAN MUKHRIZ, dengan penuh hormat menghormati dan melindungi privasi maklumat peribadi anda. Kami berkomitmen untuk mematuhi semua undang-undang privasi yang berlaku dan memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.

Rujukan kepada ‘anda’ ialah rujukan kepada orang (-orang) yang mengakses laman sesawang ini. Rujukan kepada ‘kami’ ialah rujukan kepada Yayasan Mukhriz.

Dalam usaha kami untuk mematuhi dasar privasi yang tepat, kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di bawah.

 

PENGENALAN

Bagi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan peraturan-peraturannya, notis ini dikeluarkan kepada semua penyumbang dan bakal penyumbang kami. Notis ini akan memberitahu anda tentang hak-hak anda berkaitan dengan data peribadi yang telah dikumpul dan diproses oleh pihak pengurusan kami. Yayasan Mukhriz menghormati dan menghargai privasi Data Peribadi anda dan berusaha untuk menglindungi Data Peribadi anda selaras dengan APDP.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

  1. Yayasan Mukhriz hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan aktiviti dan perkhidmatan kami. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, makluman sebarang pertanyaan, pengendalian aduan, penyediaan notis operasi, penyimpanan rekod, dan pemberitahuan berkaitan dengan sumbangan anda.
  2. Kami telah mengumpul dan akan mengumpul data peribadi anda untuk diproses oleh pihak pengurusan kami bagi pihak anda dalam bidang urusan anda pada masa kini atau masa depan dengan Yayasan Mukhriz dan syarikat atau pihak ketiga yang berkaitan dengannya. Data peribadi anda membolehkan kami untuk menjalankan operasi pengurusan dan untuk memudahkan proses pelaksanaan, yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.
  3. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta) yang diperkenalkan oleh Kerajaan, Yayasan Mukhriz ingin mendapatkan kebenaran anda berkenaan pemprosesan data peribadi anda.

TUJUAN UNTUK PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Yayasan Mukhriz akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada :

  • Pengesahan maklumat anda
  • Penghantaran resit rasmi dan sijil pelaksanaan kepada anda
  • Penyampaian maklumat terkini dan iklan yang berkaitan dengan Yayasan Mukhriz dan syarikat yang berkaitan dengannya

SUMBER-SUMBER DATA PERIBADI

  1. Yayasan Mukhriz boleh mendapatkan data peribadi anda daripada sumber-sumber berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada :
  • Borang Penyertaan
  • Borang Pendaftaran daripada laman sesawang
  • Borang yang diposkan oleh anda
  • Maklumat yang diberikan melalui medium Emel, Facebook, WhatsApp, Instagram, Tiktok, Youtube, LinkedIn dan juga Panggilan Masuk
  1. Selain daripada Data Peribadi yang diperolehi langsung dari anda (seperti yang diperincikan di atas), kami juga mungkin memperolehi Data Peribadi anda daripada pihak ketiga seperti wakil sah, institusi kewangan, biro kredit atau agensi-agensi rujukan kredit, rangkaian sosial, agensi-agensi pencegahan penipuan atau organisasi lain (Pihak Ketiga), dan dari sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda, dan/atau dimana dibenarkan secara sah.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Yayasan Mukhriz boleh mendedahkan data peribadi anda untuk syarikat atau pihak ketiga yang berkaitan dengan Yayasan Mukhriz sahaja. Syarikat atau pihak ketiga ini akan mengendalikan data peribadi anda sebagai sulit, selaras dengan Dasar Privasi ini, dan juga undang-undang Perlindungan Data. Data peribadi anda akan diproses untuk tujuan tersebut yang tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Yayasan Mukhriz bertanggungjawab untuk data peribadi anda yang ada di bawah kawalan pihak kami, termasuk data peribadi yang didedahkan oleh Pihak kami kepada Pihak Ketiga. Yayasan Mukhriz mengambil setiap langkah untuk menyediakan tahap yang setanding perlindungan untuk data peribadi sekiranya maklumat diproses oleh Pihak Ketiga. Yayasan Mukhriz komited untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, khususnya, dasarnya serta garis panduan dan arahan yang sepadan dengannya.

KEENGGANAN MEMBERI DATA PERIBADI

Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan memberi Data Peribadi kepada Yayasan Mukhriz untuk membolehkan kerja pemprosesan sebarang permohonan atau permintaan anda kepada kami. Jika anda enggan memberi Data Peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda yang mungkin akan ditolak.

KAWALAN KESELAMATAN DATA PERIBADI

Yayasan Mukhriz akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan, atau pendedahan yang tidak sah. Kami akan menggunakan teknologi dan prosedur yang sesuai untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda perlu mengakui bahawa tiada sistem keselamatan maklumat yang dapat dijamin sepenuhnya dan kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat peribadi anda sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau ancaman yang tidak diingini.

PENGGUNAAN KUKI

Kuki yang digunakan oleh Laman Sesawang ini adalah semata-mata dikaitkan dengan pengguna tanpa nama dan komputer mereka dan tidak memberikan data peribadi pengguna. Sesetengah kuki digunakan oleh pihak ketiga untuk menyediakan Yayasan Mukhriz dengan data mengenai keberkesanan penglibatannya dan promosinya. Kuki yang digunakan oleh Laman Sesawang tidak mengumpulkan data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna tertentu. Di samping itu, kuki adalah bersifat sementara, digunakan semata-mata untuk meningkatkan kecekapan penghantaran terakhir. Pengguna boleh mengkonfigurasi penyemak imbas mereka untuk memaklumkan mereka mengenai penerimaan kuki dan untuk mengelakkan pemasangan mereka pada komputer mereka.

PEMINDAHAN DATA PERIBADI

Yayasan Mukhriz sangat serius dalam menyediakan tahap perlindungan dan piawaian keselamatan yang selaras dengan APDP 2010 untuk data peribadi sekiranya maklumat tersebut dipindahkan, disimpan, diproses atau digunakan oleh wakil kami di luar negara. Yayasan Mukhriz akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak menggunakan Data Peribadi anda selain sebagai sebahagian daripada Tujuan tersebut dan untuk melindungi privasi dan privasi Data Peribadi anda secukupnya. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI

Setelah menjadi penyumbang kami, anda akan menerima e-mel, poskad, SMS, WhatsApp atau panggilan berkenaan kempen dan/atau program daripada kami, yang mana termasuk kempen bermusim dan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Yayasan Mukhriz yang bakal dijalankan pada masa hadapan. Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang berita atau panggilan promosi, sila klik pautan “tidak bersetuju” dan anda akan dikecualikan dari surat berita dan panggilan daripada kami atau anda boleh terus maklumkan kepada kami.

KEWAJIPAN SUBJEK DATA

Menjadi keperluan kepada Yayasan Mukhriz untuk mengumpul dan menyimpan data peribadi pelanggan. Oleh itu, ia juga adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi kepada kami secara tepat. Jika anda tidak memberi kepada kami data peribadi, Yayasan Mukhriz tidak dapat memproses data peribadi bagi pihak anda, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 4 di sini, atau tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada penyumbang kami, dan semua hubungan antara anda dan Yayasan Mukhriz boleh ditamatkan dan tidak lagi dalam kuasa kami serta-merta.

HAK SUBJEK DATA

  1. Hak untuk meminta pembetulan Data Peribadi Penyumbang mempunyai hak untuk meminta pembetulan dan/atau kemaskini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang sudah tidak digunakan. Permintaan pembetulan boleh dibuat dengan terus menghubungi kami atau melalui WhatsApp, Emel, SMS atau anda boleh datang terus ke pejabat kami.
  2. Hak untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi

Penyumbang berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi secara jelas dengan menarik balik persetujuan yang diberikan sebelum ini, dalam setiap kes, termasuk untuk tujuan pemasaran secara langsung tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.

PEMATUHAN DASAR PRIVASI

Yayasan Mukhriz komited untuk mematuhi dasar privasi ini dan memastikan bahawa amalan kami berada selaras dengan lunas perlembagaan yang sah di Malaysia. Kami akan mengkaji dan memantau dasar privasi kami dari semasa ke semasa untuk memastikan kepatuhan dan keserasian dengan undang-undang dan peraturan yang berlaku.

PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN DASAR POLISI PRIVASI

Yayasan Mukhriz berhak untuk meminda Dasar Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Kami menasihati anda untuk menyemak laman web kami berkenaan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila lihat notis privasi kami di laman sesawang www.yayasanmukhriz.com

PENGAKUAN

Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda memaklumkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan di sini dan selanjutnya memberi kebenaran kepada Yayasan Mukhriz untuk memproses Data Peribadi untuk tujuan Program/Kempen.