Wakaf Beras

Program Wakaf Beras oleh Yayasan Mukhriz

Sebutir Harapan : Menyinarkan Kehidupan Melalui Beras

Manfaat wakaf tidak terhad untuk aktiviti berbentuk keagamaan sahaja. Ramai yang salah anggap bahawa pahala wakaf hanya akan diperoleh sekiranya harta wakaf dimanfaatkan untuk tujuan membina masjid, surau atau sekolah tahfiz.

Wakaf sebenarnya ialah instrumen ekonomi Islam yang sepatutnya dikembangkan untuk mengurangkan beban hidup yang sedang ditanggung rakyat. Dalam konteks ini, wakaf menjadi pelengkap kepada zakat.

Umum mengetahui bahawa terdapat masjid-masjid dan pusat dakwah yang telah pun mengambil pendekatan membuka Gerobok Makanan atau “Food Bank”.

Diasaskan dengan visi yang ringkas namun mendalam, Yayasan Mukhriz berusaha untuk merapatkan jurang antara kelimpahan dan keperluan. Misi kami adalah untuk menyediakan beras kepada masyarakat yang kurang mendapat perhatian, membantu keluarga mengatasi kelaparan dan membina masa depan yang lebih baik.

Oleh itu, Yayasan Mukhriz melancarkan program Wakaf Beras. Inisiatif ini merupakan satu usaha kecil tetapi In Syaa Allah memberi makna yang amat besar buat mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan asas.

Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah (HES) menunjukkan 2.78 juta isi rumah di bawah kategori fakir miskin di Malaysia. Laporan Unit Perancang Ekonomi pula mengatakan bahawa 56% daripada keluarga miskin berada di bandar. Manakala, nilai purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi 2022 adalah RM2,589 (2019: RM2,208) dengan nilai PGK makanan sebanyak RM1,198 (2019: RM1,169). Insiden kemiskinan mutlak pada 2022 pula menunjukkan peningkatan kepada 6.2 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2019.

Ingatlah masih ramai yang isi rumahnya nasi secawan dikongsi 7 penghuni rumah dan terkadang terpaksa catu berhari-hari menunggu giliran untuk merasakan menu nasi itupun sekadar nasi lembik bersama garam.

Jom! Kita bagi sumbangan. In Syaa Allah besar nikmatnya kepada penerima-penerima ini. Besar juga pahalanya kepada kita. Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi pemberat timbangan kita di mahsyar. Sokongan anda dapat memberikan perbezaan yang ketara.

Begini cara anda boleh melibatkan diri:

Bersama-sama, kita boleh melawan kelaparan dan memberi kesan yang berkekalan. Dengan bantuan anda, kami boleh memastikan tiada siapa yang perlu tidur dalam keadaan lapar. Sertai kami di dalam membuat setiap butir beras dikira dan membawa harapan kepada mereka yang paling memerlukannya.

Amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit

Berita Program Wakaf Beras Yang Berkaitan:

Sumbangan ke Surau Darul Hidayah, Taman Pinggiran Sri Gombak

Sumbangan ke Surau Darul Hidayah, Taman Pinggiran Sri Gombak

Agihan Beras YM dari Pihak Pengurusan Surau Madrasah Falahiah

Agihan Beras YM dari Pihak Pengurusan Surau Madrasah Falahiah

Sumbangan ke Surau Al-Husna, Seksyen 20

Sumbangan ke Surau Al-Husna, Seksyen 20

Sumbangan ke Surau Madrasah Falahiah, Kg Melayu Subang Tambahan

Sumbangan ke Surau Madrasah Falahiah, Kg Melayu Subang Tambahan

Wakaf Beras Sumbangan ke Surau An-Najahiyah Seksyen 19

Sumbangan ke Surau An-Najahiyah Seksyen 19

Agihan Beras YM dari Pihak Pengurusan Masjid Khalid Al-Walid MINDEF

Agihan Beras YM dari Pihak Pengurusan Masjid Khalid Al-Walid MINDEF