Sumbangan ke Surau Madrasah Falahiah, Kg Melayu Subang Tambahan – 9 Ogos 2024
Penerima selanjutnya adalah Surau Madrasah Falahiah, Kampung Melayu Subang Tambahan untuk diedarkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin di kawasan sekitar yang berdaftar dengan pihak surau.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YM yang mewakili bagi pihak para-para penyumbang kepada wakil pihak surau iaitu Haji Norijan.
Pihak YM berharap sumbangan ini serba sedikit dapat membantu masyarakat sekitar yang memerlukan dan pihak YM akan sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan yang berterusan pada masa hadapan, In Syaa Allah.