Bencana Banjir Di Hulu Langat

HULU LANGAT – Ahad 18 Jun 2017

Pada 17  Jun 2017 banjir kilat telah melanda 17 kawasan di sekitar Hulu Langat, Selangor dan memberi kesan kepada ratusan penduduk yang terperangkap di dalam rumah masing-masing sebelum diselamatkan oleh anggota pasukan Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur dan Selangor.

Pasukan Amal Yayasan Bumiputera Pertiwi yang diterajui oleh Pengarah Kebajikan Yayasan, Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria, dibantu 20 ahli dan kenderaan Kelab Truck 4X4 Bangi/Kajang telah sampai ke pusat pemindahan mangsa banjir Hulu Langat pada 18 Jun bagi menyampaikan bantuan 200 Kit Pembersihan melibatkan peruntukan sebanyak RM30,000.00.