Bencana Banjir Pantai Timur: Bantuan Yayasan Mukhriz di Kelantan
KELANTAN – Khamis, 28 Disember 2023
Bencana banjir yang melanda Pantai Timur dijangka berlarutan sehingga awal tahun hadapan, dengan Kelantan antara negeri paling terjejas, selain beberapa daerah di Pahang dan Terengganu. Sehingga laporan ini disediakan, lebih 23,000 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dengan Pasir Mas mencatatkan 18,289 mangsa.
Pengarah Kebajikan Yayasan Mukhriz, En. Arizuan bin Mat Arif, memaklumkan bahawa Yayasan Mukhriz telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM38,000.00 bagi menyediakan keperluan asas mangsa banjir di PPS, termasuk barangan kebersihan, makanan dan keperluan bayi.
Bantuan ini disalurkan mewakili kepimpinan Yayasan Mukhriz yang diterajui oleh YS. PPj. Bersekutu (PA) Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Yayasan dalam usaha kebajikan dan kemanusiaan ketika bencana.
Dalam masa yang sama, Ketua Belia Yayasan Mukhriz, Adam Mukhriz bin Mas Suhaizul Nizam, turut terlibat dalam penyelarasan sokongan belia bagi memastikan kelancaran pelaksanaan bantuan di lapangan.
