Bantuan Awal Persekolahan Yayasan Mukhriz

SUNGAI BULOH – Jumaat, 3 Mac 2023

Berinspirasikan pembentangan bajet penyaluran bantuan kepada sekolah dan pelajar melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, maka YAYASAN MUKHRIZ telah merangka program Bantuan Awal Persekolahan.

Penyelaras program, saudara Adam Mukhriz berkata seramai 200 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan telah dikenalpasti dan dipilih daripada senarai yang diterima dari sekolah-sekolah dalam kawasan Sungai Buloh dan Selayang. Setiap pelajar akan menerima bantuan tunai sebanyak RM150.00 bermula 13 Mac ini melalui program Bantuan Awal Persekolahan Yayasan Mukhriz dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM30,000.00.

Semoga bantuan tunai ini dapat membantu meringankan beban kewangan ibubapa pada sesi permulaan persekolahan 20 Mac 2023 akan datang.