Amal Musafir Di Bumi Berkah

Amal Musafir di Bumi Berkah Makkah

MAKKAH – Jumaat, 19 Januari 2024

Ziarah umrah warga pengurusan Yayasan Mukhriz kali ini telah diserikan dengan satu program kebajikan yang berlaku secara tidak dirancang. Bertempat di King Abdul Aziz Road, Makkah, sebanyak 1,000 bungkusan nasi mandy daging telah diedarkan kepada para musafir serta fakir miskin di sekitar kawasan berkenaan.

Sumbangan kebajikan ini turut disertai dan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Mukhriz, YS. PPj. Bersekutu (PA) Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria, dengan dibantu oleh Ustaz Ridzuan dan Ustaz Atiqullah, sebagai tanda keprihatinan dan amanah terhadap kebajikan ummah di Tanah Suci.

Selain aktiviti pengagihan makanan, Yayasan Mukhriz turut mengadakan perbincangan awal bersama beberapa NGO tempatan berkaitan pelaksanaan program kebajikan dan kemasyarakatan. Inisiatif ini menjadi langkah permulaan kepada perancangan lebih banyak program kebajikan Yayasan Mukhriz di Makkah serta Madinah pada masa akan datang, insya-Allah.