Bencana Banjir Pantai Timur

KELANTAN – Khamis, 28 Disember 2023

Bencana banjir yang melanda Pantai Timur pada bulan ini dan dijangka berlarutan sehingga awal tahun hadapan dikatakan antara yang paling terjejas Kelantan paling teruk terjejas, selain beberapa daerah di Pahang dan Terengganu. Sehingga berita ini, dimaklumkan lebih 23 ribu mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mana daerah Pasir Mas paling ramai iaitu 18,289 mangsa.

Pengarah YAYASAN MUKHRIZ, En. Arizuan Bin Mat Arif berkata, “pada bulan ini Yayasan menyalurkan bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM38,000.00 kepada beberapa pertubuhan, persatuan dan kelab di negeri Kelantan untuk menyediakan keperluan mangsa banjir di PPS seperti toto, tuala mandi, kit pembersihan diri, kit feminin, susu bayi, lampin pakai buang, makanan, air mineral dan lain-lain keperluan semasa.”