Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’aafihi Wa’fu’anhu.

Perginya seorang pemimpin

SHAH ALAM  Jumaat, 10 Mei 2019.

Seawal pagi seluruh warga Yayasan Bumiputera Pertiwi diselubungi kesedihan dan rasa terkejut atas berita kepermegian ke rahmatullah Pengerusi YBP Datuk Marzuki Bin Abdul Kadir. Allahyarham meninggalkan dua anak, menuruti pemergian isteri tercinta 2 tahun sebelumnya.

Pemergian yang amat dirasai. Hilangnya pemimpin dan sumber inspirasi warga YBP. Didoakan  allahyarham mangadap Ilahi dikurniakan Allah husnul khotimah, diampunkan segala dosa yang telah lalu dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh serta para syuhada’.

Semoga bagi keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini.