Misi Bantuan Banjir Musim Tengkujuh.

Play Video

TEMERLOH – Ahad, 30 Disember 2018.

Setiap kali musim tengkujuh iaitu di hujung tahun, daerah-daerah berhampiran pantai pasti terkesan dengan banjir. Tetapi kali ini Temerloh pula dilanda bencana banjir. Setakat 28 Disember, seramai lebih 10 ribu mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Temerloh.

Dengan kerjasama Kelab Truk 4X4 Selangor, pada 30 Disember, Pengerusi YBP Datuk Marzuki Bin Abdul Kadir ditemani Ketua Biro Amal Yayasan En. Arizuan Bin Mat Arif dan dibantu ahli-ahli KTS telah membawa sebanyak 300 Kotak Makanan dan Keperluan bernilai RM30,000 sumbangan Yayasan Bumiputera Pertiwi ke Temerloh. Setibanya di Temerloh, perjalanan tidak dapat diteruskan kerana semua jalan telah ditenggelami banjir. Atas khidmat jasa polis, semua kotak sumbangan dapat disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir dengan selamat.