Program Back To School

Play Video

KUALA PILAH – Selasa, 24 Disember 2019.

Seramai lebih satu ribu pelajar pelbagai usia dari sekolah rendah dan menengah mendapat manfaat sumbangan persekolahan daripada Program Back To School 2019.

Program yang berlangsung di Dewan KPDNHEP anjuran Parlimen Kuala Pilah bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah dan Yayasan Mukhriz jelas memberi kelegaan kepada ibu bapa dan penjaga dalam menghadapi sesi persekolahan pada 6 Januari nanti.

Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Eddin Syazlee Shith, merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dan juga Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Sumbangan kepada pelajar-pelajar disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Eddin Syazlee Shith, Pengerusi YM Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria ( Dato’ Joe K. Mukhriz ), OCPD Daerah, Pegawai Pendidikan Negeri dan beberapa orang kenamaan. Yayasan Mukhriz memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 bagi program ini.

Dalam ucapan Pengerusi Yayasan Mukhriz, beliau menasihati dan turut mengalakkan agar semua pelajar sentiasa tekun dalam pembelajaran dan menjadi insan yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dah negara.