Misi Kasih Food Bank Covid-19

Misi Kasih Food Bank Covid-19

PUTRAJAYA – Isnin, 16 Mac 2020

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ucapan secara langsung di kaca televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Pada 20 Mac 2020 Pengerusi Yayasan Mukhriz, Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria telah melancarkan Misi Kasih Food Bank Covid-19 yang berlangsung selama sebulan dari 20 Mac 2020 sehingga 19 April 2020. Sebanyak 1,000 pek makanan setiap hari di edarkan ke 3 lokasi booth berasingan iaitu di perkarangan AEON Bandar Baru Nilai, ruang parking Stadium Kajang dan Kampung Baru Batu 11.

Program ini memberi tumpuan untuk membantu golongan yang kehilangan punca pendapatan akibat dari penularan wabak Covid-19 dan pengisytiharkan perintah kawalan pergerakan.

Program yang menggunakan peruntukan sebanyak RM300,000.00 ini juga ditaja sebahagiannya oleh Persatuan Jalinan Kasih Bangi dan Kelab Proton Negeri Sembilan. Manakala sukarelawan dari persatuan-persatuan penduduk setempat.