Program Bantuan Pendidikan Edisi Negeri Selangor.

YAYASAN MUKHRIZ Program Bantuan Pendidikan Edisi Negeri Selangor.

KUALA SELANGOR – Jumaat, 1 Julai 2018.

Pengarah Kebajikan Yayasan Bumiputera Pertiwi (YBP), Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria telah melancarkan Program Bantuan Pendidikan bagi 200 orang pelajar yang dikenal pasti dari keluarga miskin di sekitar daerah Kuala Selangor dan daerah-daerah Barat Laut negeri Selangor melibatkan peruntukan sebanyak RM120,000.00. Jenis bantuan pendidikan yang ditawarkan adalah berbentuk bantuan kewangan sebanyak RM100 selama 6 bulan berturut-turut, dan terhad kepada 1 pelajar sahaja dalam satu keluarga.

Pihak YBP telah menerima lebih 500 permohonan melalui dalam talian dan telah meneliti setiap permohonan yang dihantar dan beberapa proses kemaskini akan dijalankan sebelum YBP menentukan senarai pelajar yang layak menerima bantuan.

Setiap pelajar yang terpilih akan mula menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 selama 6 bulan bermula sesi persekolahan penggal 3 iaitu pada 25 Julai 2018 dan seterusnya pada minggu pertama setiap bulan.

YBP berharap semoga dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan pendidikan pelajar-pelajar terbabit.