Program Larian Menjunjung Kasih 2018

Play Video

SHAH ALAM – Sabtu, 8 Disember 2018.

Program Larian Menjunjung Kasih 2018 bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-73 telah berlangsung pada 8 Disember dengan penyertaan lebih 10,000 peserta.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dirasmikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang telah sudi mencemar duli melakukan ‘flag-off’ larian yang dijadualkan bermula selewat-lewatnya, pada jam 7.30 pagi.

Di program ini, Yayasan Bumiputera Pertiwi diwakili Pengerusi YBP Datuk Marzuki Bin Abdul Kadir dan Pengarah Kebajikan Yayasan Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria telah menaja 2,000 botol air mineral Spritzer dan 1,000 botol air minuman tenaga 100Plus. Pengedaran air minuman diuruskan oleh unit sukarelawan Majlis Sukan Negeri Selangor.