Program Santuni Gelandangan Sempena 50 Tahun Kuala Lumpur Bandar Raya
KUALA LUMPUR – Selasa, 1 Februari 2022
Sempena sambutan genap 50 tahun Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia sejak 1 Februari 1972, Yayasan Mukhriz telah melaksanakan Program Santuni Gelandangan sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu golongan memerlukan di sekitar ibu negara.
Sebanyak 1,000 bungkusan nasi ayam telah disediakan menerusi sumbangan peribadi YS. PPj. Bersekutu Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria, yang diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Mukhriz. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan seramai 23 orang sukarelawan dan kakitangan pengurusan Yayasan Mukhriz.
Pengagihan bantuan bermula di perkarangan Masjid Negara, melibatkan 500 bungkusan nasi ayam, manakala selebihnya diedarkan ke beberapa lokasi tumpuan gelandangan termasuk Dataran Merdeka, Kolej SEGi dan kawasan Masjid India, dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Dalam pelaksanaan program ini, Ketua Belia Yayasan Mukhriz, Adam Mukhriz Bin Mas Suhaizul Nizam, telah berperanan sebagai penggerak kumpulan belia dalam menyelaras dan membantu proses pengagihan bantuan di lapangan.
Melihat kejayaan program ini, Pengarah Yayasan Mukhriz, En. Arizuan bin Mat Arif, berpandangan agar program seumpama ini dilaksanakan secara berkala melalui kerjasama dengan pusat-pusat khidmat gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
