Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

BATANG KALI – Ahad, 25 Disember 2022

Kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor, Selangor merupakan tragedi terburuk melanda negara tahun ini. Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Pada 18 Disember, Pengarah Yayasan Mukhriz, En. Arizuan Bin Mat Arif bersama 12 ahli Rakan Sukarelawan YM telah tiba di tempat kejadian dan berkampung selama 3 hari. Misi kali ini adalah berperanan sebagai petugas luar kawasan tragedi dengan mengedarkan makanan dan minuman bagi anggota penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari & Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Khas Operasi Tektikal dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.