Program Santuni Gelandangan

KUALA LUMPUR – Selasa, 1 Februari 2022

Sempena sambutan genap 50 tahun Kuala Lumpur diisytihar sebagai bandar raya pertama di Malaysia sejak 1 Februari 1972, YAYASAN MUKHRIZ telah mengadakan program Santuni Gelandangan.

Sebanyak 1,000 tempahan nasi ayam disediakan bagi program ini. Dengan kekuatan seramai 23 sukarelawan dan kakitangan pengurusan Yayasan Mukhriz, pengedaran bermula di perkarangan Masjid Negara di mana 500 bungkusan nasi ayam di tempatkan dan selebihnya dihantar ke beberapa lokasi tumpuan gelandangan seperti di Dataran Merdeka, Kolej Segi dan Masjid India. Program bermula tepat jam 8.00 malam dan selesai sepenuhnya pada jam 11.00 malam.

Melihat kejayaan program pada malam ini, Pengarah Yayasan Mukhriz En. Arizuan Bin Mat Arif berpendapat bahawa Program Santuni Gelandangan harus dipertimbangkan untuk dijalankan secara berkala dari masa ke semasa. Malah beliau telah mengarahkan Biro Amal Yayasan Mukhriz untuk menjalinkan kerjasama dengan Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku dan Pusat Komuniti Jalan Chow Kit bagi menyemarakkan lagi program ini.