Sumbangan ke Surau An-Najahiyah Seksyen 19 – 9 Ogos 2024
Hari ini, pihak YM meneruskan sumbangan wakaf beras. Penerima seterusnya program ini adalah Surau An-Najahiyah, Seksyen 19, Shah Alam untuk diedarkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin di kawasan sekitar yang berdaftar dengan pihak surau.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YM yang mewakili bagi pihak para-para penyumbang kepada wakil pihak surau iaitu Haji Ibrahim.