Banjir Kilat Di Baling, Kedah.

BALING – Rabu, 9 Oktober 2019

Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan lebih 200 keluarga terjejas. Mukim paling terkesan adalah Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang dan antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian.

Seramai 50 wakil keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerima bantuan wang tunai RM300.00 bersama satu kotak kit bencana. Bantuan disampaikan oleh Pengarah Yayasan Mukhriz En. Arizuan Bin Mat Arif melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000.00. Beliau juga telah menempatkan Rakan Sukarelawan Yayasan Mukhriz di PPS selama 2 hari bagi memantau keperluan mangsa-mangsa berkenaan.