Misi Bantuan Banjir Berulang Pantai Timur.

PANTAI TIMUR – Khamis, 30 November 2017.

Pada 28 November 2017, ribuan penduduk di Kelantan dan Terengganu dipindahkan berikutan banjir yang semakin buruk di kedua-dua negeri pantai timur itu. Dianggarkan jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu mencecah angka 10,000 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Yayasan Bumiputera Pertiwi membentuk dua pasukan yang diterajui oleh Pengarah Kebajikan Yayasan, Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria dan Ketua Biro Amal Yayasan, En. Arizuan Bin Mat Arif segera bertolak ke Terengganu dan Kelantan, bersama Pasukan Amal Yayasan dan dibantu sukarelawan setempat.

Sebanyak 500 pek bantuan makanan bernilai RM50,000 diedarkan di IPS Besut, Setiu, Hulu Terengganu di Terengganu serta IPS Kota Bahru, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang di Kelantan.