Misi Kasih Food Bank Covid-19

Misi Kasih Food Bank Covid-19

Misi Kasih Food Bank Covid-19 Yayasan Mukhriz

PUTRAJAYA – Isnin, 16 Mac 2020

Susulan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020, Yayasan Mukhriz telah melancarkan Misi Kasih Food Bank Covid-19 bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Misi ini telah dilancarkan pada 20 Mac 2020 oleh Pengerusi Yayasan Mukhriz, Dato’ Mas Suhaizul Nizam Bin Zakaria, dan berlangsung selama sebulan sehingga 19 April 2020. Sebanyak 1,000 pek makanan setiap hari telah diedarkan melalui tiga lokasi utama iaitu AEON Bandar Baru Nilai, Stadium Kajang dan Kampung Baru Batu 11.

Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.00, dengan sokongan penajaan daripada Persatuan Jalinan Kasih Bangi dan Kelab Proton Negeri Sembilan, serta dibantu oleh sukarelawan komuniti setempat dalam memastikan pengagihan bantuan berjalan lancar.