Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

BATANG KALI – Ahad, 25 Disember 2022

Kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali–Genting Highlands, Hulu Selangor merupakan antara tragedi paling buruk melanda negara pada tahun 2022. Tragedi yang berlaku pada 16 Disember 2022, kira-kira jam 2.30 pagi, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 orang terselamat manakala 31 terkorban, selepas runtuhan tanah menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Susulan tragedi tersebut, pada 18 Disember 2022, Pengarah Yayasan Mukhriz, En. Arizuan bin Mat Arif dan Ketua Belia Yayasan Mukhriz, Adam Mukhriz Bin Mas Suhaizul Nizam, bersama 12 orang ahli Rakan Sukarelawan Yayasan Mukhriz (YM) telah tiba di lokasi kejadian dan berkampung selama tiga hari bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Misi ini memberi tumpuan kepada sokongan logistik dengan mengedarkan makanan dan minuman kepada anggota penyelamat daripada JBPM, PDRM, ATM, SMART, APM, Jabatan Pertahanan Awam serta Kementerian Kesihatan Malaysia.